|
|
|
Permintaan Untuk Kementerian Pengangkutan Masuk Campur Menyelesaikan Masalah Pengangkutan Bas Awam Di Cameron Highlands |
To: Kementerian Pengangkutan MalaysiaMajlis Perwakilan Rakyat (MPR),
C1-G3, Blok C1, Royal Lily,
39000 Tanah Rata,
Cameron Highlands,
Pahang.
__________________________________________________________________________________
Dato’ Sri Ong Tee Keat,
Menteri Pengangkutan,
Kementerian Pengangkutan Malaysia,
Blok D5, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62616 Putrajaya. 7 DISEMBER 2008
Tuan,
Permintaan Untuk Kementerian Pengangkutan Masuk Campur Menyelesaikan Masalah Pengangkutan Bas Awam Di Cameron Highlands
Merujuk kepada perkara di atas, kami inginkan pihak tuan masuk campur dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memulihkan semula pengangkutan bas awam di Cameron Highlands.
2. Perkhidmatan bas awam di Cameron hampir lumpuh. Kadang-kala, kami terpaksa menunggu bas sehingga berjam-jam. Di antara masalah-masalah yang sering kami hadapi ialah:
a.) bas yang lama dan kerap kali rosak (tidak selesa).
b.) bas yang tidak mengikut jadual.
c.) kekerapan bas yang terlalu lama.
d.) masalah-masalah pekerja bas yang membawa kesan kepada perkhidmatan bas.
3. Kami berpendapat bahawa masalah ini tidak akan selesai hanya dengan mengambil tindakan terhadap pengendali perkhidmatan bas. Pengendali perkhidmatan bas juga berhadapan dengan pelbagai masalah. Suatu mekanisma yang lebih berkesan perlu diwujudkan untuk menjalankan perkhidmatan bas awam di Cameron.
4. Perkhidmatan bas awam amat diperlukan untuk rakyat yang berpendapatan rendah. Di samping itu, Cameron Highlands juga merupakan sebuah tempat peranginan dan perkhidmatan bas awam yang selesa akan mengalakkan pengunjung menggunakan pengangkutan awam.
5. Kami berharap pihak tuan dapat mengadakan satu perbincangan tiga hala di antara kami, pengendali bas dan Kementerian Pengangkutan supaya satu penyelesaian dapat dicari. Tuan boleh menghubungi kami melalui wakil-wakil seperti berikut:
a.) Suresh Kumar 019-569 6964
b.) Simon 016-517 2760
c.) Kumar 019-545 1304
Sekian, terima kasih.Sincerely,
The Permintaan Untuk Kementerian Pengangkutan Masuk Campur Menyelesaikan Masalah Pengangkutan Bas Awam Di Cameron Highlands Petition to Kementerian Pengangkutan Malaysia was created by and written by Suresh Kumar (sukucomp@gmail.com). This petition is hosted here at www.PetitionOnline.com as a public service. There is no endorsement of this petition, express or implied, by Artifice, Inc. or our sponsors. For technical support please use our simple Petition Help form.
Send Petition to a Friend - Petition FAQ - Start a Petition - Contributions - Privacy - Media Kit
| PetitionOnline - DesignCommunity - ArchitectureWeek - Great Buildings - Archiplanet - Search | |
| http://www.PetitionOnline.com/basch/petition.html | © 1999-2007 Artifice, Inc. - All Rights Reserved. |