dc          
 
Petisyen Menyokong Pak Lah sebagai Perdana Menteri

 

View Current Signatures   -   Sign the Petition


To:  Rakyat Malaysia di mana sahaja

To: Malaysians

Isnin 10 Mac 2008 lepas, Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir ( anak bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir ), yang juga MP Jerlun berkias menegur Kepimpinan agar “Melakukan yang terbaik untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional”, selepas kekalahan di 5 + 1 negeri dan prestasi buruk seluruh Negara.

Kemudian, pada Rabu 12 Mac 2008, Mukhriz menghantar sepucuk surat peribadi kepada PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan mengesa agar berundur dari semua jawatan.


Sesuai dengan prinsip kepertanggung jawaban (accountability) dan melunaskan tanggung jawab fardu kifayah (sesuai dengan prinsip kedua Islam Hadhari - Kerajaan yang bertanggung jawab dan diyakini rakyat) kepada rakyat, masyarakat dan Negara, PM Abdullah wajar meneruskan pemerintahannya kerana rata rata rakyat sudah nampak sinar keyakinan dengan pentadbiran dan Kepimpinan beliau yang terang dan nyata begitu telus dan berwibawa.

Tindakan tunduk kepada desakan ini akan menyebabkan proses mengadili kes-kes rasuah dan salah laku akan terhenti dan banyak penyelewengan akan terus menerus bermaharajalela di kalangan pentadbir negara ini.Khususnya yang berkaitan dengan pimpinan sebelum ini.

Penyingkiran tokoh yang dikaitkan dengan rasuah telah menambah keyakinan rakyat kepada Perdana Menteri bahawa beliau berada di landasan yang betul menguruskan negara ke arah Cemerlang dan Terbilang.

Sesuai dengan tindakan yang dibuat begitu jelas ingin menghancurkan kerajaan Islam Hadhari yang begitu efisyen memberi keadilan kepada semua kaum maka petisyen ini dibuat bertujuan memberi semangat dan juga sokongan kepada beliau agar terus melawan tuntutan mendesak meletak jawatan.

Pemimpin yang benar benar bersih semakin dipilih di dalam Kabinet Pak Lah, maka tiada sebab lagi kita untuk mendesak Pak Lah meletakkan jawatannya.


Jika tidak ; bermakna kita mahu negara akan diperintah dan dikuasai pihak yang berminat dengan khazanah negara dan tidak mahu ketelusan menjadi amalan pentadbiran Malaysia. Samada dari dalam Malaysia atau luar negara.


Sebagai menentang langkah berani dan mementingkan diri sendiri oleh Mukhriz itu, demi Agama, Bangsa dan Tanahair, maka sebuah petisyen awam online ini dikhaskan kepada semua pengguna alam siber untuk sama sama menyokong dan menunjukan kesungguhan mendesak agar PM Abdullah TIDAK berundur dari semua jawatan serta meneruskan lagi dengan lebih tegas proses menegakkan keadilan dan kestabilan di negara Malaysia ini.



Sila e mail semua sokongan (lengkap dengan nama penuh, no. MyKad/IC, no- telefon (dan no. keahlian UMNO / PAS, sekiranya ada) – sebagai membuktikan kesahihan penanda tangan petisyen) kepada:



petisyensokongpaklah@gmail.com




Sekian, terima kasih.

Moga Tuhan selamatkan Malaysia dan para pemimpin yang ikhlas memerintah negara kita, tanahair tercinta!

Sincerely,

The Undersigned

View Current Signatures
 


The Petisyen Menyokong Pak Lah sebagai Perdana Menteri Petition to Rakyat Malaysia di mana sahaja was created by Penyokong Pak Lah and written by Penyokong Pak Lah (petisyensokongpaklah@gmail.com).  This petition is hosted here at www.PetitionOnline.com as a public service. There is no endorsement of this petition, express or implied, by Artifice, Inc. or our sponsors. For technical support please use our simple Petition Help form.

tags:   lah   pak   petisyen   Umno  

share:   blogger     del.icio.us     digg     facebook     furl     reddit     slashdot     send to a friend

Send Petition to a Friend - Petition FAQ - Start a Petition - Contributions - Privacy - Media Kit - Comments and Suggestions

PetitionOnline - DesignCommunity - ArchitectureWeek - Great Buildings - Archiplanet - Search
http://www.PetitionOnline.com/pspl2008/petition.html © 1999-2007 Artifice, Inc. - All Rights Reserved.